QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat

The Al-Quran and Contemporary Issues Journal is an international scientific journal which is verified and published by the Department of Tahfiz al-Quran and al-Qiraat, Faculty of Islamic Studies and Civilisation, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia. This journal is dedicated to research on every aspect related to Journal al-Quran and al-Qiraat. Special attention is given to paperwork pertaining to history, political science, economics, anthropology, sociology, law, literature, religion, philosophy, international relations, the environment and development, as well as ethical issues related to scientific research. This journal is committed to publish original research on the al-Quran as a guide to life. It welcomes interdisciplinary efforts that merge history, religion, politics, culture and law. The journal focuses on Islam and contemporary Islamic issues. Contributions that highlight theoretical strengths, especially those which combine the specificity of Islamic discourse with knowledge efforts and criticism in the Quranic fields can emerge in Qiraat: The Al-Quran and Contemporary Issues Journal as an application. All submitted articles could be in the Arabic, English or Malay languages.

مجلة القراءات: مجلة القرآن والقضايا المعاصرة هي مجلة علمية دولية تمت مراجعتها ونشرها من قبل قسم تحفيظ القرآن والقراءات ، كلية دراسات الحضارة الإسلامية، الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور (KUIS) ، ماليزيا. هذه المجلة مخصّصة للدراسة العلمية في جميع الجوانب المتعلقة بالقرآن والقراءات. يتم إيلاء اهتمام خاص للأوراق المتعلقة بالتاريخ والعلوم السياسية والاقتصاد والأنثروبولوجيا وعلم الاجتماع والقانون والأدب والدين والفلسفة والعلاقات الدولية والبيئة والتنمية، فضلاً عن الأسئلة الأخلاقية المتعلقة بالبحث العلمي. تلتزم هذه المجلة بنشر بحث أصلي عن القرآن كدليل للحياة. ترحب بالعمل متعدد التخصصات الذي يوحّد التاريخ والدين والسياسة والثقافة والقانون. تركز هذه المجلة بشكل خاص على الإسلام والقضايا الإسلامية المعاصرة. مساهمات تدل على صلابة النظرية؛ خاصة الأوراق التي تربط خصوصية الخطاب الإسلامي في مشروع المعرفة والنقد في مجال القرآن. يجب تقديم جميع المقالات إما باللغة العربية أو الإنجليزية أو الملايوية.

e-ISSN : 2636-9591
en-US jurnalqiraat@kuis.edu.my (Fairuz A Adi) jurnalqiraat@kuis.edu.my (-) Mon, 04 Dec 2023 17:31:24 +0800 OJS 3.2.1.3 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 MOTIVASI EKSTRINSIK: ANALISIS TERHADAP CABARAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA PENGAJIAN QIRAAT USIM https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/72
Peralihan pendidikan abad 21 menyaksikan cabaran yang getir buat golongan hafiz. Dalam konteks ini, kepimpinan dan pengurusan tahfiz perlulah berusaha ke arah mewujudkan suatu sistem pengurusan pendidikan yang efisien dalam menghasilkan golongan huffaz yang cemerlang. Amat membimbangkan apabila hasil daripada temuduga pelajar yang ingin menyambung ke peringkat pengajian tinggi mendapati terdapat lebih daripada 70% pelajar di Malaysia yang telah bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah didapati tidak dapat mengekalkan hafazan walaupun semua pelajar tersebut telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan untuk menerokai motivasi ekstrinsik serta menganalisis cabaran dalam mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan mahasiswa bagi program sarjana muda qiraat di USIM (SMQ USIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengedarkan borang soal-selidik. Seramai 41 orang mahasiswa yang terlibat sebagai peserta kajian. Kajian berkaitan motivasi ekstrinsik isu dan cabaran cabaran mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23.0 bagi memperolehi skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi ekstrinsik dalam kalangan pelajar sarjana pengajian qiraat USIM adalah berada ditahap sederhana tinggi (min=3.94). Kajian ini memberi implikasi yang sangat penting kepada pihak USIM secara khususnya dan Intitusi pengajian tahfiz di Malaysia secara umumnya agar memberi penekanan dalam aspek ulangan bermula daripada peringkat mula menghafal al-Quran sehingga semua pelajar serta mereka yang telah bergelar al-hafiz dan al-hafizah dapat menjaga hafazan al-Quran sehingga ke akhir hayat.
Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, Mardhiah Yahaya, Rohana Zakaria, Noor Hafizah Mohd Haridi Copyright (c) 2023 Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, Mardhiah Yahaya, Rohana Zakaria, Noor Hafizah Mohd Haridi https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/72 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 منهج الإمام جعفر السنهوري في كتابه "الجوهر الفاخر من قراءة ابن عامر: دراسة وصفية https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/62
This study explores a manuscript in the Qira’at field, focusing specifically on the Qirat Imam Ibn 'Amir al-Dimashqi, known among scholars of Qira’at as "al-Mufradat al-Qur'aniyyah" (Quranic Lexical Singulars). This study aims to introduce the methodology of Imam Jaafar bin Ibrahim As-Sinhuri in his book “Al-Jawhar Al-Fakhar fi Qira’at Ibn Aamir", which stands out as one of the most comprehensive books on Al-Mufradat Al-Quraanyah, meticulously addressing a specific Quranic word, combining three disciplines in one volume: Quranic orthography, Tajweed (art of Quranic recitation), and Qira’at. The researcher utilized a descriptive approach to introduce the manuscript and its contents. Additionally, an analytical method was employed to understand the methodology used by Imam al-Sanhuri in composing this book. The study concluded with significant results, the most important of which is that Al-Sanhoury presented a unique method of presenting Quranic vocabulary, as no one before him had done so among the scholars. Moreover, he is one of the prominent Imams of Qira’at who had not received the attention and recognition they deserved for their efforts in teaching Qira’at

SAMER SAMARH Copyright (c) 2023 SAMER SAMARH https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/62 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 MATAN-MATAN UTAMA DALAM PENGAJIAN ILMU QIRAAT: ANALISIS METODE PENULISAN DAN SIMBOL https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/65
ABSTRAK

Perkembangan ilmu qiraat di rantau Nusantara semakin meningkat dengan penubuhan institusi-institusi yang khusus dalam bidang qiraat. Sama ada di peringkat menengah mahupun di peringkat universiti. Pengajian qiraat di semua institusi tersebut tidak dapat dipisahkan dengan pengajaran dan pembelajaran matan utama ilmu qiraat. Namun, tidak banyak artikel-artikel dalam jurnal ilmiah yang membicarakan tentangnya. Oleh itu, kajian ini ingin mengumpulkan maklumat tentang matan-matan yang penting di dalam bidang ilmu qiraat semenjak dahulu hingga kini. Metode penulisan ini dalam rangka kualitatif dengan menggunakan metode deskriptif kajian perpustakaan bagi mengumpul bahan-bahan berkaitan matan-matan utama dalam ilmu qiraat. Kajian ini mendapati bahawa dalam ilmu qiraat terdapat tiga matan utama iaitu matan Syatibiyyah, matan Durrah dan matan Tayyibah al-Nasyr. Ketiga-tiga matan tersebut merupakan rujukan utama bagi pengajian sepuluh qiraat mutawatirah sama ada yang kecil (sughra) mahupun besar (kubra). Sepuluh qiraat tersebut telah disepakati keabsahannya oleh para ulama. Kajian ini juga mendapati bahawa metode penulisan dan penggunaan rumus dalam ketiga-ketiga matan tersebut hampir sama, kerana dua matan akhir Durrah dan Thayyibah adalah karangan Imam al-Jazari yang diadaptasikan daripada matan Syatibiyyah karangan Imam al-Syatibi.
Dr. Gumaa Ahmed Himmad, Ahmad Baha’ bin Mokhtar, Rifqi Hidayatil Copyright (c) 2023 Dr. Gumaa Ahmed Himmad, Ahmad Baha’ bin Mokhtar, Rifqi Hidayatil https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/65 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/70
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran Ilmu Qiraat berdasarkan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di Kedah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 42 orang guru KKQ dari pelbagai sekolah menengah di Kedah yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen soal selidik tahap kemahiran Ilmu Qiraat mengandungi 30 item dan empat dimensi kemahiran (merancang pengajaran, pelaksanaan proses pengajaran, pelaksanaan kaedah pengajaran dan refleksi). Tahap kemahiran diukur dengan skala likert 5 mata yang terdiri daripada “Sangat tidak mahir” kepada “Sangat mahir”. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi tahap kemahiran Ilmu Qiraat dalam kalangan guru KKQ berada pada tahap terbaik iaitu (α = 0.938). Bagi item kemahiran, nilai Cronbach Alpha bagi elemen pertama kemahiran merancang pengajaran dengan nilainya iaitu (α = 0.962), elemen kedua kemahiran pelaksanaan proses pengajaran (α = 0.956), elemen ketiga kemahiran pelaksanaan kaedah pengajaran (α = 0.859) dan elemen keempat kemahiran refleksi (α = 0.848). Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kemahiran Ilmu Qiraat guru KKQ berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.84 dan sisihan piawai .50. Kesimpulannya semua pihak terutamanya guru KKQ harus mempertingkatkan ilmu kemahiran berkaitan pengajaran abad ke-21 dalam bidang Ilmu Qiraat agar dapat melahirkan modal insan cemerlang di masa hadapan.

Kata Kunci

Kemahiran; Ilmu Qiraat; Pengajaran Abad ke-21; Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)
Aini Haslina Abdul Hamid Copyright (c) 2023 AINI HASLINA ABDUL HAMID https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/70 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 PENERAPAN ILMU QIRAAT DALAM KULIAH TAFSIR DI NEGERI KELANTAN: SUATU SOROTAN LITERATUR https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/67
Ilmu qiraat adalah satu ilmu yang bukan hanya berperanan pada aspek bacaan al-Quran tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam pentafsiran ayat al-Quran sehingga ulama tafsir meletakkan ia sebagai salah satu syarat dalam pentafsiran al-Quran. Ini menjadi satu perkara yang amat signifikan untuk dikatakan bahawa para penyampai kuliah tafsir di masjid-masjid atau tempat awam juga perlu menerapkan ilmu qiraat dalam syarahan mereka. Namun, kajian lepas telah mencatatkan bahawa ramai dalam kalangan ilmuwan Islam di Malaysia masih menganggap bahawa ilmu qiraat tiada kaitannya dengan kefahaman al-Quran. Hal ini menjadi satu petanda bahawa penerapan ilmu tersebut tidak diambil berat oleh para pengkuliah tafsir di Malaysia. Kajian ini bertujuan mewujudkan landasan teori bagi kajian penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Ia dijayakan dengan mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penerapan ilmu qiraat dalam pentafsiran al-Quran di negeri tersebut. Kajian-kajian lepas tersebut dianalisis bagi melihat sejauh mana aspek penerapan ilmu qiraat telah diambil perhatian oleh para pengkaji. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penganalisaan data berasaskan konsep analisis literatur. Data dan informasi diperoleh daripada sumber-sumber seperti artikel jurnal, buku, dan makalah persidangan yang relevan dengan topik penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Daripada analisis literatur yang dilakukan, didapati masih belum ada kajian yang ditumpukan kepada aspek penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Aspek-aspek yang disentuh oleh kajian lepas hanya melibatkan ilmu qiraat secara sebelah pihak sahaja tanpa menghubungkannya dengan tafsir al-Quran. Kajian ini menyimpulkan bahawa aspek hubungan Ilmu qiraat dengan tafsir perlu diberikan perhatian oleh para pengkaji dan penulis kerana kepentingannya diperakui oleh ulama tafsir sendiri. Di samping itu, kajian ini menegaskan keperluan diadakan satu kajian yang menentukan tahap pengetahuan hubungan dua ilmu tersebut dalam kalangan para pengkuliah tafsir justeru menilai sejauh mana pengaplikasiannya.

Kata Kunci: Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.
WAN ISMAIL ABD HALIM, Khairulnazrin Nasir, Ikmal Adnan Copyright (c) 2023 WAN ISMAIL ABD HALIM https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/67 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 PERKEMBANGAN PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ SWASTA PASCA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA: KESAN DAN PERSEPSI MASYARAKAT https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/66
Perkembangan pusat pengajian tahfiz di Malaysia telah menjadi isu yang semakin penting dalam konteks pendidikan agama di negara ini. Dengan peningkatan permintaan daripada masyarakat yang ingin mempelajari al-Quran, pusat-pusat pengajian tahfiz telah berkembang pesat di Malaysia. Namun, perkembangan ini juga menghadapi beberapa permasalahan yang perlu diselesaikan terutama selepas berlakunya pandemik Covid-19. Salah satu masalah utama adalah keperluan untuk menyediakan infrastruktur dan sumber daya yang memadai khususnya bagi pusat pengajian tahfiz swasta. Selain itu, terdapat juga keperluan untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pengajian tahfiz. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perkembangan pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia pasca pandemik Covid-19 serta menilai persepsi dan kesannya terhadap masyarakat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pusat pengajian tahfiz swasta berdasarkan persepsi masyarakat serta menyediakan cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki keadaan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan temu bual dan pemerhatian terhadap pusat-pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia. Sampel kajian dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang menyeluruh mengenai perkembangan pusat pengajian tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan dan pengaruh pusat pengajian tahfiz terhadap masyarakat adalah positif dan perlu dikekalkan serta dijaga. Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan terdapat isu dan masalah yang berlaku terhadap pusat pengajian tahfiz swasta khususnya yang melibatkan pengurusan dan teknikal, namun ia merupakan isu terpencil dan dapat diatasi melalui kebersamaan antara kerajaan dan masyarakat. Ini menunjukkan pentingnya pemeliharaan pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia selepas pandemik Covid-19 dengan menangani isu-isu infrastruktur, kualiti pengajaran, dan pengurusan melalui kerjasama antara kerajaan dan masyarakat. Implikasinya termasuk langkah-langkah strategik seperti peningkatan infrastruktur, latihan guru, penerapan teknologi, dan penyediaan sokongan yang mencukupi.
Ikmal Adnan, khairulnazrin Nasir, Ismail Abd Halim, Rohaidi Habil, Rahim Kamarul Zaman Copyright (c) 2023 Ikmal Adnan, khairulnazrin Nasir, Ismail Abd Halim https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/66 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800 KEBERKESANAN KEBOLEHGUNAAN APLIKASI FUN Q BAGI MURID PRA TAHFIZ https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/68
Kajian ini memfokuskan kepada keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q untuk kegunaan murid-murid pra tahfiz. Aplikasi ini berbentuk model teknologi hafazan yang sesuai untuk kanak-kanak pra sekolah mempelajari, menghafaz dan memahami al-Quran dengan cara santai, mudah dan menyeronokkan. Sehingga kini pelbagai aplikasi digital yang dibangunkan bertujuan menjadi platform pembelajaran hafazan al-Quran. Namun perkembangan teknologi moden dan bidang teknologi dalam pendidikan tahfiz masih kurang diterokai dan mereka kekal dengan kaedah tradisional. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan kebolehgunaan aplikasi Fun Q yang dibangunkan untuk murid-murid pra tahfiz. Metodologi untuk kajian ini adalah reka bentuk kualitatif yang menggunakan instrumen pemerhatian dan catatan nota kepada murid-murid pra tahfiz sebagai responden dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan pengguna berpuas hati menggunakan perisian kursus ini dengan memperoleh peratusan sebanyak 99. Oleh yang demikian, aplikasi ini dapat memberikan impak yang sangat besar dalam memandu pembelajaran tahfiz pra sekolah dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu juga, dapat membina kerohanian huffaz rabbani dan melahirkan generasi Al-Quran yang unggul.
Mardhiah Yahaya, Khairul Syafiq Razali, Nor Musliza Mustafa, Safinah Ismail, Syarul Azman Shaharudin Copyright (c) 2023 Mardhiah Yahaya, Khairul Syafiq Razali, Nor Musliza Mustafa, Safinah Ismail, Syarul Azman Shaharudin https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/68 Mon, 04 Dec 2023 00:00:00 +0800