QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat

The Al-Quran and Contemporary Issues Journal is an international scientific journal which is verified and published by the Department of Tahfiz al-Quran and al-Qiraat, Faculty of Islamic Studies and Civilisation, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Malaysia. This journal is dedicated to research on every aspect related to Journal al-Quran and al-Qiraat. Special attention is given to paperwork pertaining to history, political science, economics, anthropology, sociology, law, literature, religion, philosophy, international relations, the environment and development, as well as ethical issues related to scientific research. This journal is committed to publish original research on the al-Quran as a guide to life. It welcomes interdisciplinary efforts that merge history, religion, politics, culture and law. The journal focuses on Islam and contemporary Islamic issues. Contributions that highlight theoretical strengths, especially those which combine the specificity of Islamic discourse with knowledge efforts and criticism in the Quranic fields can emerge in Qiraat: The Al-Quran and Contemporary Issues Journal as an application. All submitted articles could be in the Arabic, English or Malay languages.

مجلة القراءات: مجلة القرآن والقضايا المعاصرة هي مجلة علمية دولية تمت مراجعتها ونشرها من قبل قسم تحفيظ القرآن والقراءات ، كلية دراسات الحضارة الإسلامية، الكلية الجامعية الإسلامية العالمية بسلانجور (KUIS) ، ماليزيا. هذه المجلة مخصّصة للدراسة العلمية في جميع الجوانب المتعلقة بالقرآن والقراءات. يتم إيلاء اهتمام خاص للأوراق المتعلقة بالتاريخ والعلوم السياسية والاقتصاد والأنثروبولوجيا وعلم الاجتماع والقانون والأدب والدين والفلسفة والعلاقات الدولية والبيئة والتنمية، فضلاً عن الأسئلة الأخلاقية المتعلقة بالبحث العلمي. تلتزم هذه المجلة بنشر بحث أصلي عن القرآن كدليل للحياة. ترحب بالعمل متعدد التخصصات الذي يوحّد التاريخ والدين والسياسة والثقافة والقانون. تركز هذه المجلة بشكل خاص على الإسلام والقضايا الإسلامية المعاصرة. مساهمات تدل على صلابة النظرية؛ خاصة الأوراق التي تربط خصوصية الخطاب الإسلامي في مشروع المعرفة والنقد في مجال القرآن. يجب تقديم جميع المقالات إما باللغة العربية أو الإنجليزية أو الملايوية.

e-ISSN : 2636-9591
Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) en-US QIRAAT: Jurnal Al-Quran dan isu-isu kontemporari 2600-7657 METODOLOGI TAWJĪH QIRAAT OLEH AL-BAGHAWĪ (W.561H) PADA PENTAFSIRAN SURAH AL-FATIHAH https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/78
Mengetahui ilmu qiraat pada sudut riwayat dan tawjīh qiraat merupakan syarat penting bagi seorang mufasir ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Ilmu qiraat juga merupakan salah satu faktor perbezaan pentafsiran dalam kalangan ulama mufasirin. Ini menunjukkan ilmu qiraat sangat berperanan dalam pentafsiran al-Quran sama ada ia meluaskan makna, memperincikan makna, menjernihkan kesamaran, menjelaskan hukum yang tidak jelas atau sebagainya. Keprihatinan perbezaan qiraat dan tawjīh qiraat pada pentafsiran al-Quran dalam kalangan ulama tafsir klasik adalah sangat tinggi. Sebaliknya, ulama tafsir kontemporari kurang mengambil berat dan prihatin terhadap perbezaan qiraat ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Sedangkan qiraat merupakan salah satu sumber tafsir bi al-Ma’thūr. Oleh itu, objektif penulisan ini ialah menonjolkan ketokohan al-Baghawī sebagai salah seorang tokoh mufasir klasik yang menguasai bidang qiraat dan tawjīh qiraat seperti dinukilkan dalam kitab Ma’ālim al-Tanzīl. Surah al-Fatihah dijadikan sebagai fokus kajian bagi memahami metode qiraat dan tawjīh qiraat yang dinukilkan oleh al-Baghawī. Kajian ini dilaksanakan dengan reka bentuk analisis kandungan. Kitab tafsir Ma’ālim al-Tanzīl merupakan data sumber utama kajian serta disokong dengan data-data dari sumber lain seperti buku-buku yang berhubung dengan perbahasan demi mencapai objektif yang telah digariskan. Hasil kajian mendapati bahawa al-Baghawī merupakan seorang tokoh tafsir klasik yang sangat prihatin terhadap perbezaan qiraat ketika mentafsirkan ayat al-Quran. Kitab tafsir beliau layak dijadikan sebagai rujukan utama pada perbahasan qiraat dan tawjīh qiraat. Didapati juga, al-Baghawī menonjolkan keistimewaan penghujahan tawjīh qiraat dengan menggunakan metode al-Jam‘ bayna al-Atharī wa al-Qiyāsī iaitu gabungan antara menjelaskan makna qiraat serta penghujahannya dengan riwayat sanad dan rasm mashaf serta kaedah bahasa Arab dan qiyās.
Muhammad Ammar Farhan Ramlan Abur Hamdi Usman Mohd Faizulamri Mohd Saad Copyright (c) 2024 MUHAMMAD AMMAR FARHAN RAMLAN, Abur Hamdi Usman, Mohd Faizulamri Mohd Saad https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 1 9 10.53840/qiraat.v7i1.78 PERBANDINGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP HAFAZAN AL-QURAN: KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA PUTRAJAYA https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/73
ABSTRAK

Pada dasarnya, kaedah pembelajaran hafazan dilaksanakan secara bersemuka sahaja sejak dari zaman Rasulullah hingga kini. Namun apabila berlaku penularan Covid-19 yang telah melanda dunia, kaedah pembelajaran hafazan turut mengalami perubahan pelaksanaannya. Bagi mengelakkan hafazan al-Quran pelajar tahfiz terjejas dan berlaku keciciran akibat penularan Covid-19 tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil inisiatif untuk melaksanakan kaedah pembelajaran hafazan secara maya (atas talian). Tidak terkecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya yang mempunyai pelajar yang terlibat dengan Kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka mahupun secara maya sememangnya mempunyai perbezaan. Secara tidak langsung perbezaan kedua-dua kaedah pembelajaran ini mempengaruhi sikap pelajar terhadap hafazan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji perbandingan sikap pelajar terhadap hafazan secara bersemuka dan maya (atas talian) di SMKA Putrajaya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan pendekatan kajian tinjauan. Pengumpulan data dikumpul melalui soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang pelajar. Pelajar yang dipilih adalah terdiri dari pelajar yang pernah mengikuti kaedah pembelajaran hafazan secara bersemuka dan secara maya (atas talian). Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan sikap pelajar semasa pembelajaran berlangsung. Kajian juga mendapati pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka berbanding secara atas talian. Secara keseluruhannya, walaupun pelajar lebih selesa untuk menghafaz secara bersemuka, kaedah pembelajaran secara atas talian perlu dilaksanakan bagi mengelakkan pembelajaran hafazan terjejas.

Keywords

Penularan Covid-19; Kaedah Pembelajaran Hafazan; Hafazan al-Quran; Sikap pelajar
Sharifah Noorhidayah Syed Aziz Lissailin Baharudin Nurul Iffah Syahirah Copyright (c) 2024 Sharifah Noorhidayah Syed Aziz, Lissailin Baharudin https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 10 18 10.53840/qiraat.v7i1.73 KEPERLUAN MODEL PENGAJARAN ILMU TAWJIH AL-QIRAAT DI INSTITUSI PENGAJIAN QIRAAT MALAYSIA: SATU SOROTAN AWAL https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/74
Teachers play an important role in imparting knowledge of tawjih al-qiraat in the teaching of qiraat in qiraat learning institutions (IPT) Malaysia. In addition to mastering the knowledge of tawjih al-qiraat, teachers also need to know the techniques and methods in conveying this knowledge so that the significance of teaching can be achieved according to the proposed objectives. However, the highlights of the study show that tawjih al-qiraat instructors are less able to implement techniques and methods during the implementation of the teaching of tawijh al-qiraat at IPT due to the lack of a specific teaching framework for this subject. Indeed, this study was carried out to identify the need for developing a framework for teaching the knowledge of tawjih al-qiraat in Malaysian IPT. The design of this study is a survey study through a qualitative approach by interviewing three teachers who are involved in the teaching of tawjih al-qiraat at Malaysian IPT. The interview data was transcribed and analyzed using Nvivo 12 software and organized based on the formation of categories and themes. The findings of the study show that there is a need to develop a teaching model of tawjih al-qiraat in Malaysian IPT so that the implementation process of teaching tawjih al-qiraat can be implemented in the best possible way. It is hoped that this study will be a pioneer for studies related to the teaching of tawjih al-qiraat in Malaysian qiraat institutions in the future.
Muhammad Syafee Salihin Syafee Khairatul Akmar Ab Latif Mohamad Rofian Ismail Mardhiah Yahaya Copyright (c) 2024 Muhammad Syafee Salihin Syafee https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 19 37 10.53840/qiraat.v7i1.74 ANALISIS KALIMAH-KALIMAH MUTARĀDIF DALAM SURAH AL-BAQARAH https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/75
Mutarādif dalam al-Quran merupakan salah satu topik kajian yang menarik dan penting untuk dikaji dengan lebih lanjut. Walaubagaimanapun, para ulama’ berselisih pandangan tentang keberadaan mutarādif pada kalimah-kalimah yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran. Justeru penelitian ini mengkaji lafaz-lafaz yang berbeza namun ia mempunyai terjemahan yang sama dalam al-Quran. Data-data yang digunakan adalah ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Baqarah yang merangkumi juz satu, juz dua dan sebahagian juz tiga. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui makna setiap kalimah mutarādif dengan lebih terperinci. Metode yang digunakan pada kajian ini merupakan penelitian kepustakaan (library research) serta sorotan literasi bersumberkan Google Schoolar dengan pendekatan bersifat kualitatif. Kajian ini juga turut merujuk kitab-kitab tafsir untuk mendalami secara terperinci huraian setiap kalimah mutarādif tersebut. Oleh yang demikian, kajian ini penting untuk dijalankan agar kita dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan kalimah-kalimah mutarādif yang terdapat dalam al-Quran.

Sofea Saibon Rohana Zakaria Copyright (c) 2024 sofea saibon, Rohana Zakaria https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 38 50 10.53840/qiraat.v7i1.75 الإمام النويري وجهوده في علم القراءات https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/77
يهدف هذا البحث إلى معرفة أحد الإمام الجليل في علم القراءات وهو الإمام النويري رحمه الله تعالى، والجهود الذي نال هذا الإمام في هذا العلم. يعتبر مِن أول مَن شرح متن طيبة النشر في القراءات العشر للإمام ابن الجزري رحمه الله تعالى. فكما هو معلوم أن هذه المنظومة من أكبر المصنفات في علم القراءات، حيث استوفى ابن الجزري كلَّ ما يخصّ القراءات في نظم واحد، وكان ملخصًا من كتابه "النشر"، وهو المعروف اليوم بالعشرة الكبرى أو طريق طيبة النشر. يتبيّن من هذا العمل أن الإمام النويري قد عمل جهدًا كبيرًا فيما يتعلق بعلم القراءات. ومما يندرج تحت قضية  هذا البحث هو معرفة سيرة الإمام النويري في حياته قبل أن يحصل على هذا القدر العالي في مثل هذا المقام. وقد تمّ ذلك في الاسقراء على مجال مولده ونشأته، ثم رحلاته في طلب العلم، ثم معرفة شيوخه وتلامذته، ومذهبه في العقيدة والفقه. علاوة على ذلك لا بد من معرفة ما صنّف في حياته من المصنفات البديعة في علوم شتى، وخاصة في علم القراءات. ومن ثمّ يظهر لنا أن الإمام النويري قد أثّر إيثارًا بينًا على تنمية علم القراءات لدى الأمة جميعًا، لاسيما من شرحه لمتن طيبة النشر في القراءات العشر.
Mujahid Ahmad Lutfi Mohammad Redha Mohamad Muhammad Zaid Shamsul Kamar Mohd Ikram Mohd Nawi Muhammad Ammar Farhan Ramlan Copyright (c) 2024 Mujahid Ahmad Lutfi https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 51 66 10.53840/qiraat.v7i1.77 TATACARA PENGENDALIAN PROSES PELUPUSAN CETAKAN AYAT AL-QURAN: KAJIAN KES DI PUSAT PEMURNIAN AL-QURAN DAN KITAB ROSAK DI KULIM, KEDAH https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/76
Al-Quran merupakan mukjizat agung kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan ianya mempunyai kedudukan yang tinggi dan dihormati. Penghormatan yang dimaksudkan bukan sekadar adab membacanya sahaja, bahkan termasuk juga tatacara pelupusannya. Antara faktor yang proses pelupusan cetakan ayat al-Quran dilakukan adalah akibat kesalahan cetakan, cetakan ayat al-Quran sudah tidak boleh dibaca kerana lusuh serta rosak dan akibat bencana.  Di Malaysia, terdapat banyak premis yang menjalankan proses pelupusan cetakan ayat al-Quran. Hasil pemerhatian pengkaji mendapati tatacara pengendalian di setiap premis adalah berbeza. Kajian ini dijalankan di Pusat Pemurniah Al-Quran di Kulim, Kedah untuk mengenalpasti tatacara pengendalian pelupusan di premis terlibat. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan instrumen temu bual sebagai kaedah pengumpulan data. Temubual dijalankan ke atas 3 premis yang menjalankan proses pelupusan. Kaedah pemerhatian turut serta digunakan untuk melihat reality sebenar proses pelupusan yang dijalankan. Seterusnya, data yang diperoleh ditranskripsi kan dianalisis secara tematik. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tatacara pengendalian pelupusan di premis ini mempunyai garis panduan yang baik dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Mahmud Lutfi Abd Hadi Sharifah Noorhidayah Muhammad Izzat Ngah Mohd Mahfuz Jaafar Nur Wadihah Mohd Asri Copyright (c) 2024 MAHMUD LUTFI ABD HADI, sharifah noorhidayah, Muhammad Izzat Ngah, Mohd Mahfuz Jaafar https://creativecommons.org/licenses/by-nc/4.0 2024-06-29 2024-06-29 7 1 67 76 10.53840/qiraat.v7i1.76