KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN

Qiraat (Recitation) Skills Based on 21st Century Learning Among Teachers of Qur’anic Skills Classes

Authors

  • Aini Haslina Abdul Hamid PUAN

DOI:

https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.70

Keywords:

Kata Kunci: Kemahiran; Ilmu Qiraat; Pengajaran Abad ke-21; Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kemahiran Ilmu Qiraat berdasarkan pengajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ) di Kedah. Kajian ini dilakukan menggunakan set soal selidik yang telah dilengkapkan oleh 42 orang guru KKQ dari pelbagai sekolah menengah di Kedah yang dipilih secara rawak. Data kuantitatif daripada soal selidik ini dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 26.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen soal selidik tahap kemahiran Ilmu Qiraat mengandungi 30 item dan empat dimensi kemahiran (merancang pengajaran, pelaksanaan proses pengajaran, pelaksanaan kaedah pengajaran dan refleksi). Tahap kemahiran diukur dengan skala likert 5 mata yang terdiri daripada “Sangat tidak mahir” kepada “Sangat mahir”. Hasil dapatan kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach Alpha bagi tahap kemahiran Ilmu Qiraat dalam kalangan guru KKQ berada pada tahap terbaik iaitu (α = 0.938). Bagi item kemahiran, nilai Cronbach Alpha bagi elemen pertama kemahiran merancang pengajaran dengan nilainya iaitu (α = 0.962), elemen kedua kemahiran pelaksanaan proses pengajaran (α = 0.956), elemen ketiga kemahiran pelaksanaan kaedah pengajaran (α = 0.859) dan elemen keempat kemahiran refleksi (α = 0.848). Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kemahiran Ilmu Qiraat guru KKQ berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.84 dan sisihan piawai .50. Kesimpulannya semua pihak terutamanya guru KKQ harus mempertingkatkan ilmu kemahiran berkaitan pengajaran abad ke-21 dalam bidang Ilmu Qiraat agar dapat melahirkan modal insan cemerlang di masa hadapan.

Kata Kunci

Kemahiran; Ilmu Qiraat; Pengajaran Abad ke-21; Guru Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

References

Abdul Jalal Abdul Manaf. (2019). Penilaian Pelaksanaan Kurikulum Qiraat Peringkat Diploma Di Malaysia. [Tesis PhD Tidak Diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.

Abu Bakar Nordin, & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur: Quantum Books.

Aimi Hafizah. (2017). Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif berasaskan abad ke-21: Satu tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nenas. [Tesis Sarjana]. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Azmil Hashim, & Jahidih Saili. (2015). Hubungan Antara Tahap Kemahiran Al-Quran Guru dan Pencapaian Tajwid Al-Quran Pelajar KKQ di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(1), 144-151.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., Anderson, R. E., & Tatham, R. L. (2006). Multivariate data analysis (Vol. 6). Upper Saddle River, NJ: Pearson Prentice Hall.

Jessica Dora Henry, & Zamri Mahamod. (2021). Penerapan amalan kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi (4K) pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 239-248.

Kamarul Azmi Jasmi, & Ab. Halim Tamuri. (2019). Pendidikan Islam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Mardhiah Yahaya. (2017). Pelaksanaan modul pengajaran tahfiz (modul quranik) di MRSM Ulul Albab. Seminar Memperkasa Generasi Penghafaz Al-Quran. Selangor: Darul Quran.

Mashira Yahaya, Rosyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman, & Khairul Anuar Bahrain. (2019). Amalan pembelajaran abad ke-21 (pak21) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA, Bil. 26.

Mohd Faeez Illias, Zetty Nurzuliana Rashed, Ahmad Shafiq Mat Razali, & Muhammad Syakir Sulaiman. (2017). Penilaian terhadap perlaksanaan sistem latihan guru-guru sekolah rendah agama JAIS. In 4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) (pp. 1–23). Selangor.

Mohd Najib Abd. Ghafar. (2003). Rekabentuk tinjauan soal selidik pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Syakir Moktar, & Mohd Farid Mohd Sharif. (2021). Kaedah Talaqqi Musyafahah Dalam Tilawah Al-Quran. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), 32(1), 153-174. https://doi.org/10.51200/manu.vi.3280.

Mohd Syaiful Naim Shaedi, Mohd Faizulamri Mohd Saad, & Sabri Mohamad. (2022). Tahap kompetensi guru Qiraat di Negeri Sembilan dalam pengajaran. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 8(1), 47-61.

Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman, & Ilyani Syuham Muhammad. (2020). Aplikasi ‘konsep 4c’ pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru pelajar sarjana mod pengajian Pendidikan Bahasa Arab cuti sekolah UIAM. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 12-22.

Norma Jusof, & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kemahiran guru Pendidikan Islam di sekolah rendah terhadap pelaksanaan pengajaran berpusatkan murid: Satu analisa. International Journal of Education and Pedagogy, 2(3), 1–26.

Nunnally, J.C., & Bernstein, I.H. (1994). Psychometric Theory. 3rd Edition. New York: Mc Graw Hill.

Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila, & Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1(4), 1-23.

Rohani Seman, Amani Dahaman, & Norhayati Yahaya. (2019). Pembelajaran abad ke-21, amalan 4k 1n berasaskan Modul MJSASFC dalam kalangan guru-guru Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Zon Utara. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan di Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, KUIS, 29 Ogos 2019.

Al-Suyutiy, Jalaluddin ‘Abdal-Rahman. (1996). Al-Itqan fi‘ulum al-Quran. Damshiq, Beirut. Dar Ibn al-Kathir Lit Tiba‘ah wa Nashr wa-Tawzi‘.

Downloads

Published

2023-12-04

How to Cite

Abdul Hamid, A. H. (2023). KEMAHIRAN ILMU QIRAAT BERDASARKAN PENGAJARAN ABAD KE-21 DALAM KALANGAN GURU KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN: Qiraat (Recitation) Skills Based on 21st Century Learning Among Teachers of Qur’anic Skills Classes. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 35–50. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.70