PERKEMBANGAN PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ SWASTA PASCA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA: KESAN DAN PERSEPSI MASYARAKAT

Development of the Covid-19 Post-Pandemic Private Tahfiz Study Center in Malaysia: Public Impact and Perceptions

Authors

  • Ikmal Adnan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • khairulnazrin Nasir
  • Ismail Abd Halim
  • Rohaidi Habil
  • Rahim Kamarul Zaman

DOI:

https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.66

Keywords:

Pusat Tahfiz Swasta, al-Quran, pasca pandemik, Covid-19, persepsi masyarakat

Abstract

Perkembangan pusat pengajian tahfiz di Malaysia telah menjadi isu yang semakin penting dalam konteks pendidikan agama di negara ini. Dengan peningkatan permintaan daripada masyarakat yang ingin mempelajari al-Quran, pusat-pusat pengajian tahfiz telah berkembang pesat di Malaysia. Namun, perkembangan ini juga menghadapi beberapa permasalahan yang perlu diselesaikan terutama selepas berlakunya pandemik Covid-19. Salah satu masalah utama adalah keperluan untuk menyediakan infrastruktur dan sumber daya yang memadai khususnya bagi pusat pengajian tahfiz swasta. Selain itu, terdapat juga keperluan untuk memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pengajian tahfiz. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perkembangan pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia pasca pandemik Covid-19 serta menilai persepsi dan kesannya terhadap masyarakat. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pusat pengajian tahfiz swasta berdasarkan persepsi masyarakat serta menyediakan cadangan penambahbaikan untuk memperbaiki keadaan ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan temu bual dan pemerhatian terhadap pusat-pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia. Sampel kajian dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan untuk mendapatkan pandangan yang menyeluruh mengenai perkembangan pusat pengajian tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan dan pengaruh pusat pengajian tahfiz terhadap masyarakat adalah positif dan perlu dikekalkan serta dijaga. Walaupun terdapat pandangan yang mengatakan terdapat isu dan masalah yang berlaku terhadap pusat pengajian tahfiz swasta khususnya yang melibatkan pengurusan dan teknikal, namun ia merupakan isu terpencil dan dapat diatasi melalui kebersamaan antara kerajaan dan masyarakat. Ini menunjukkan pentingnya pemeliharaan pusat pengajian tahfiz swasta di Malaysia selepas pandemik Covid-19 dengan menangani isu-isu infrastruktur, kualiti pengajaran, dan pengurusan melalui kerjasama antara kerajaan dan masyarakat. Implikasinya termasuk langkah-langkah strategik seperti peningkatan infrastruktur, latihan guru, penerapan teknologi, dan penyediaan sokongan yang mencukupi.

References

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1998). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Jusuh. (1989). Pengenalan tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abizar Sidiq. (2021). Masalah kewangan kebanyakan Maahad Tahfiz semakin meruncing. Retrieved July 1, 2023, from mykmu.net website: https://mykmu.net/2021/08/30/masalah-kewangan-kebanyakan-maahad-tahfiz-semakin-meruncing/

Amin, Khairol. (2018). Memperkasa Generasi Hafaz Al Quran. Retrieved July 1, 2023, from Academia.edu website: https://www.academia.edu/36310663/memperkasa_generasi_hafaz_al_quran

Anis Syahirah Fauzan & Sabri Mohamad (2017). Kesan Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal al-Turath, UKM, 54-59.

Herry, C. (2023). Pembelajaran Jarak Jauh. Retrieved July 1, 2023, from AR Edutech website: https://aredutech.com/pembelajaran-jarak-jauh/

Hidayatidayu Razali. (2021). Isu maahad tahfiz swasta dibincang dengan Perdana Menteri. Retrieved July 13, 2023, from Berita Harian website: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/860109/isu-maahad-tahfiz-swasta-dibincang-dengan-perdana-menteri

Hussin, H., Abdul Rahim Ahmad, Muhammad Hafiz Saleh, & Noor. (2021). Medium Pdpr Hafazan Al-Quran Semasa Covid-19: Analisis Penggunaan Teknologi Di Kalangan Pelajar Di Universiti Awan Dan Swasta. usim.edu.my. https://doi.org/2811-3411

JAKIM. (2021). data.gov.my. Retrieved from Senarai Tahfiz di Malaysia: https://www.data.gov.my/data/dataset/a839fb70-12b9-4810-b539-df1822f88b0f/resource/3adcdb53-eb4f-4fb0-aa82-ddeeba893f60/download/m-20210818105735_202108181057350_tahfiz-compiled.csv

Kamsaton Simon et al. (2005). Kepentingan Pengajian Tahfiz al-Quran Terhadap Masyarakat Pada Masa Kini. Skudai: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS).

Muhaidi Hj. Mustaffa. (2010). Hafalan al-Quran dan Hubungannya Dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007. (Latihan Ilmiah Sarjana Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya).

Noor Hisham Md Nawi et all. (2014). Matlamat dan Hala Tuju Sistem Pengajian Tahfiz di Kelantan; Satu Pengamatan Awal. 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education. Kota Bharu.

Norazmi Anas. (2021). Pusat tahfiz perlu kreatif jana pendapatan sampingan. Retrieved July 1, 2023, from Berita Harian website: https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2021/09/858429/pusat-tahfiz-perlu-kreatif-jana-pendapatan-sampingan

Nordin Ahmad. (2015). Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabatkan Pendidikan Tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara Dan Multaqa Huffaz Kali Ke IV. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Bangi.: Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Azihal Bangsawan, Zetty Nurzuliana Rashed & Muhammad Hafiz Salleh. (2022). Perlaksanaan Amalan Pembelajaran Tahfiz di Institusi Tahfiz Sabah. Jurnal Pengajian Islam, Vol. 15, Special Edition No. 1, 1-15.

Ramdhan Samsudin. (2021). i-Guru gesa kerajaan, jabatan agama bantu pusat tahfiz. Retrieved July 1, 2023, from Utusan Malaysia website: https://www.utusan.com.my/pendidikan/2021/08/i-guru-gesa-kerajaan-jabatan-agama-bantu-pusat-tahfiz/

Sh. Noorhidayah Syed Aziz, Khairul Anwar Mastor & Hasnan Kasan (2022). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Sahsiah Pelajar Tahfiz. Jurnal Pengajian Islam, 259-271.

Solahuddin Ismail. (2016). Institusi Tahfiz di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Simposium Antarabangsa Tahfiz sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas Darul Quran. Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Bangi: Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Solahuddin Ismail. (2018). Sejarah perkembangan dan status terkini pengajian tahfiz di Malaysia: manhaj dan model. Muzakarah Institusi Tahfiz Negara. Kompleks Dakwah Darul Murtadha Sungai Petani Kedah: Unpublished.

Zulfiqar, A., & Muhamad. (2022). Isu dan cabaran pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran secara dalam talian (Online ) di institusi tahfiz swasta dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) - UKM Journal Article Repository. Journalarticle.ukm.my. http://journalarticle.ukm.my/19618/1/223-409-1-SM.pdf

Downloads

Published

2023-12-04

How to Cite

Adnan, I., Nasir, khairulnazrin, Abd Halim, I. ., Habil, R., & Kamarul Zaman, R. . (2023). PERKEMBANGAN PUSAT PENGAJIAN TAHFIZ SWASTA PASCA PANDEMIK COVID-19 DI MALAYSIA: KESAN DAN PERSEPSI MASYARAKAT : Development of the Covid-19 Post-Pandemic Private Tahfiz Study Center in Malaysia: Public Impact and Perceptions. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 61–72. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.66