MATAN-MATAN UTAMA DALAM PENGAJIAN ILMU QIRAAT: ANALISIS METODE PENULISAN DAN SIMBOL

The Main Matan Of The Science Of Qirāat: Analysis Of Writing Method And Symbol

Authors

  • Dr. Gumaa Ahmed Himmad Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Ahmad Baha’ bin Mokhtar Universiti Islam Sultan Sharif Ali
  • Rifqi Hidayatil Universiti Islam Sultan Sharif Ali

DOI:

https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.65

Keywords:

Matan, Qiraat, Syatibiyyah, Durrah dan Tayyibah al-Nasyr

Abstract

ABSTRAK

Perkembangan ilmu qiraat di rantau Nusantara semakin meningkat dengan penubuhan institusi-institusi yang khusus dalam bidang qiraat. Sama ada di peringkat menengah mahupun di peringkat universiti. Pengajian qiraat di semua institusi tersebut tidak dapat dipisahkan dengan pengajaran dan pembelajaran matan utama ilmu qiraat. Namun, tidak banyak artikel-artikel dalam jurnal ilmiah yang membicarakan tentangnya. Oleh itu, kajian ini ingin mengumpulkan maklumat tentang matan-matan yang penting di dalam bidang ilmu qiraat semenjak dahulu hingga kini. Metode penulisan ini dalam rangka kualitatif dengan menggunakan metode deskriptif kajian perpustakaan bagi mengumpul bahan-bahan berkaitan matan-matan utama dalam ilmu qiraat. Kajian ini mendapati bahawa dalam ilmu qiraat terdapat tiga matan utama iaitu matan Syatibiyyah, matan Durrah dan matan Tayyibah al-Nasyr. Ketiga-tiga matan tersebut merupakan rujukan utama bagi pengajian sepuluh qiraat mutawatirah sama ada yang kecil (sughra) mahupun besar (kubra). Sepuluh qiraat tersebut telah disepakati keabsahannya oleh para ulama. Kajian ini juga mendapati bahawa metode penulisan dan penggunaan rumus dalam ketiga-ketiga matan tersebut hampir sama, kerana dua matan akhir Durrah dan Thayyibah adalah karangan Imam al-Jazari yang diadaptasikan daripada matan Syatibiyyah karangan Imam al-Syatibi.

References

Al-Fairuzabadi, Muhammad bin Ya’kub. (2005). Al-Qamus al-Muhith. Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Al-Jazari, Syamsuddin Abu al-Khair Ibnu al-Jazari. (1994). Matan Thayyibah an-Nasyr fi al-Qiraat al-Asyr. Muhammad Tamim az-Za’bi (Ed.). Jeddah: Dar al-Huda.

Al-Jazari, Syamsuddin abu al-Khair Ibnu al-Jazari. (2000). Ad-Durrah al-Mudhiyyah fi al-Qiraat al-Tsalast al-Mardhiyah. Muhammad Tamim az-Zu’bi (Ed.). Jeddah: Darul Huda.

Al-Jazari, Syamsuddin Abu al-Khair Ibnu al-Jazari. (2001). At-Tamhid fi ‘Ilmi at-Tajwid. Ghanim Qadduri Hamad (Ed.). Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Al-Jazari, Syamsuddin Abu al-Khair Ibnu al-Jazari. (1920). An-Nasyr fi al-Qiraat al-‘Asyr. Ali Muhammad ad-Dhabba’ (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Mas’ul, Abdul Ali. (2007). Mu’jam Musthalahat ‘Ilmi al-Qiraat al-Qur’aniyah. Cairo: Darussalam. h. 269.

Al-Qadhi, Abdul Fattah. (1992). Al-Wafi fi Syarh al-Syathibiyyah. Jeddah: Maktabah as-Suwadi.

Al-Qadhi, Abdul Fattah. (2013). Al-Idhah Li Matni ad-Durrah. Makkah: al-Maktabah al-Asadiyah.

As-Sandi, Abdul Qayyum Abdul Ghafur. (1995). Shafahat fi Ulum al-Qur’an. Makkah: al-Maktabah al-Imdadiyyah.

As-Suyuthi, Jalaluddin. (1995). Tadrib ar-Rawi fi Syarh Taqrib an-Nawawi. Riyadh: Dar Thayyibah.

Az-Zabidi, Muhammad Murtadha. (2001). Taj al-Urus min Jawahir al-Qamus. Beirut: Dar Ihya at-Turath.

Az-Zahabi, Muhammad bin Ahmad bin Usman. (1985). Siyar A’lam an-Nubala. Shuaib al-Arnauth (Ed.). Ed. 3. Beirut: Muassasah ar-Risalah.

Ismail, Nabil bin Muhammad ‘Ali. (2002). Al-Imam Ibnu al-Jazari wa Juhuduh fi ‘Ilmi al-Qiraat. Riyadh: Dar Ibnu Hazm.

Muhaisin, Muhammad Salim. (1997). Al-Hadi fi Syarhi Thayyibah an-Nasyr fi al-Qiraat al-‘Asyr. Beirut: Darul Jail.

Downloads

Published

2023-12-04

How to Cite

Gumaa Ahmed Himmad, Ahmad Baha’ bin Mokhtar, & Rifqi Hidayatil. (2023). MATAN-MATAN UTAMA DALAM PENGAJIAN ILMU QIRAAT: ANALISIS METODE PENULISAN DAN SIMBOL: The Main Matan Of The Science Of Qirāat: Analysis Of Writing Method And Symbol. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 20–34. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.65