ANALISIS WAJAH-WAJAH QIRAAT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN TERHADAP MANUSKRIP AL-QURAN MSS 4322

THE ANALYSIS ON TYPES OF QIRAAT IN SURAH AL-BAQARAH: A STUDY ON AL-QURAN MANUSCRIPT MSS 4322

Authors

  • Siti Azwanie Che Omar Siti Azwanie Che Omar
  • Sedek Ariffin Universiti Malaya

Keywords:

Manuskrip, Al-Quran, Qiraat, al-Baqarah, MSS4322

Abstract

Kod MSS 4322 adalah singkatan nama sebuah manuskrip al-Quran tulisan tangan milik Pangeran Jimat di Madura, Indonesia. Di Indonesia, jenis qiraat yang digunapakai adalah qiraat Āѕim riwayat Ηafѕ. Sedangkan menurut sejarah terdahulu, para ulama pernah menulis dan menyalin jenis qiraat yang lain pada mushaf al-Quran kuno Nusantara. Salah satunya itu adalah dalam manuskrip al-Quran MSS 4322. Fokus utama artikel ini adalah untuk menganalisis kepelbagaian qiraat dalam surah al-Baqarah. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan filologi. Metode yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan adalah metode pengumpulan data melalui metode dokumentasi dan historis iaitu dengan cara menganalisis teks naskhah al-Quran MSS 4322. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan mushaf al-Quran MSS 4322 adalah sebuah manuskrip yang berasal dari abad ke 17 Masihi manakala, jenis qiraat yang digunakan dalam mushaf adalah qiraat Āѕim riwayat Ηafѕ, hanya sebilangan sahaja menggunakan qiraat Nafi’ riwayat Qalun. Justeru itu, kajian ini memperlihatkan perbandingan antara qiraat Āѕim riwayat Ηafѕ dengan qiraat Nafi’ riwayat Qalun. Hasil daripada dapatan kajian ini, penulis mengemukakan cadangan supaya kajian ini dapat dilakukan secara berterusan pada qiraat surah-surah yang lain yang masih belum dikaji secara menyeluruh. Oleh itu, manuskrip al-Quran MSS 4322 ini merupakan karya agung yang akan melestarikan khazanah kekayaan Islam mengenai kepelbagaaiaan qiraat di Nusantara.

References

Afif Amrullah, Islam Di Madura, Pascasarjana STAIN Pamekasan, Jurnal Islamuna, vol.2, 2015, 1-14.

Ahmad Munawar Ismail, Mohd Nor Shahizan Ali, 2012, Memahami Kualitatif Dalam Penyelidikan Pengajian Islam.Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi, Selangor.

Chua Yan Piaw, 2014, 2011 Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Selangor.

Ghazali Darusalam. Sufean Hussin, 2016, Metodologi Penyelidik Dalam Pendidikan Amalan dan analisis Kajian, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Herman Busri, Islam Di Madura Abad ke 14-16 Masihi Perspektif Historis, Kajian Disertasi Fakulti Adab dan Ilmu Budaya Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Jogjakarta, 2014.

Kamal Azmi, Tusuf Marlon, Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah, Sahlawati Abu Bakar, 2014, Metodologi Penyelidikan Asas-Asas Ilmu Penyelidikan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS).

M Farhan, Pangeran Jimat Putra Mahkota Gerbang Salam yang Syuhada Muda, laman sesawang matamaduranews.com, 2020.

Mustopa, Keragaman Qiraat dalam Mushaf Kuno Nusantara, Jurnal Suhuf, Vol. 7, No.2, Lajnah Pentashihan Mushaf Al-Quran, Gedung Bayt Al-Quran TMII, Jakarta, 1-20, 2014.

Siti Baroroh Baried. Siri Chamamah Soeratno. Saowe. Sulastin Sutrisno. Moh Syakir, 1985, Pengantar Teori Filologi, Pusat Pembinaan Dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan Dan Kebudayaan Jakarta.

Ulfatun Hasanah, Tafsir Al-Quran Di Madura Periodesasi Metodologi dan Ideologi, Jurnal Kebudayaan dan Ilmu Keislaman, Universiti Nadlatul Ulama Indonesia, Jakarta. Vol 12, No. 1, 2019.

Published

2021-12-28

How to Cite

Che Omar, S. A., & Sedek Ariffin. (2021). ANALISIS WAJAH-WAJAH QIRAAT DALAM SURAH AL-BAQARAH: KAJIAN TERHADAP MANUSKRIP AL-QURAN MSS 4322: THE ANALYSIS ON TYPES OF QIRAAT IN SURAH AL-BAQARAH: A STUDY ON AL-QURAN MANUSCRIPT MSS 4322. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 4(2), 1–14. Retrieved from https://qiraat.kuis.edu.my/index.php/qiraat/article/view/23