Memahami Makna Kata Dalam al-Quran Berbantukan Senarai Kata Berfrekuensi Tinggi
Understanding the Meaning of al-Quran Using Arabic High- Frequency Word List
Keywords:
Kosa Kata Arab, Makna Kata al-Quran, Senarai Kata Berfrekeunsi Tinggi, Tadabbur, Pembelajaran bahasa dan pemahaman al-QuranAbstract
Matlamat utama penyelidikan ini adalah menganalisis kata yang terdapat dalam surah al-Mulk dan mengenalpasti keperluan memahami kata Arab berfrekuensi tinggi dalam usaha menghayati makna ayat dalam al-Quran secara keseluruhannya. Kajian ini juga memberikan tumpuan langsung kepada usaha mengukur tahap kesepadanan kata dalam surah al-Mulk dengan senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh. Ia merupakan usaha memahami makna kata al-Quran berpandukan penguasaan senarai kata berfrekuensi tinggi yang perlu mendasari pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua/asing. Pembelajaran al-Quran dan penghayatan makna ayat-ayatnya samada di peringkat sekolah, universiti mahupun di peringkat pengajian umum sering berdepan isu pemahaman. Golongan terbabit dilapor tidak mampu memahami ayat yang dibaca mahupun dihafaz. Malah pelajar tahfiz juga berhadapan masalah yang sama dan terdapat dalam kalangan mereka menghafaz ayat tanpa menitikberatkan maksudnya. Ia berpunca daripada penguasaan bahasa Arab yang lemah dan kosa kata yang terhad. Justeru, kajian yang dijalankan ini berbentuk eksplorasi dan perbandingan yang menggunakan kekerapan serta peratusan sebagai alat pengukuran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jumlah kata yang terdapat dalam surah al-Mulk adalah 399 perkataan dan tahap kesepadanan antara senarai kata berfrekuensi tinggi al-Riyadh (1979) berada pada tahap tinggi iaitu 93%. Dapatan ini menjelaskan bahawa pembelajaran bahasa Arab yang disokong dengan pembelajaran kata berfrekuensi tinggi secara ekplisit mempunyai impak positif dalam memahami ayat al-Quran khususnya dalam surah al-Mulk. Dapatan ini mengukuhkan peranan senarai kata berfrekuensi tinggi dalam meningkatkan kefahaman kepada makna kata dalam al-Quran dengan lebih luas.
References
RUJUKAN
‘Abduh, Daud ‘Atiyyat. (1979). Al-Mufradāt al-Sha‘i'at fi al-Lughat al-‘Arabiyyat- Dirāsāt fi Qawā’im al-Mufradāt al-Sha‘i'at fi al-Lughat al-‘Arabiyyat.al- Riyadh: Maţbu‘at Jāmi‘at al-Riyadh.
Abdul Muhsin. (2017). Mabādi’ tadabbur al-Quran al-Karim. Riyadh: al-Dāiri al-Sharqi.
al-Ahdāl, Hāshim Ali. (2008). ‘Ta’līm tadabbur al-Quran al-Karim: ‘asālīb ‘amaliyah wa marāhil manhajiyyah’.Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah.
Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi, (2020). Memahami al-Quran secara kontekstual. Berita Harian Online 21 May 2020.
Azmil Hashim & Ab Halim Tamuri. (2012). Persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran tahfiz alquran di malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2) 2012, 1-10.
Azmil Hashim, Ab Halim Tamuri, Misnan Jemali & Aderi Che Noh. (2014). Kaedah pembelajaran tahfiz dan hubungannya dengan pencapaian hafazan pelajar. Journal of al-Quran and Tarbiyyah. Vol 1(1) 2014 : 9-16.
Baleghizadeh, Sasan & Golbin, Mohammad. (2010). The effect of vocabulary size on reading comprehension of Iranian EFL learners. LiBRI. Linguistic and Literary Broad Research and Innovation, Volume 1, Issue 2. Dipetik dari http://www.edusoft.ro/brain/index.php/libri/article/view/130/321(15/08/202)
al-Buti, Muhammad Sa’id Ramadan. (1999). Min rawāi‟ al-Quran ta’āmulāt ‘Ilmiyah wa ’adabiyah fi kitābillah Azza Wajalla. Riyad: Maktabah al-Riyahd al-Hadīthah.
Carter, Ronald. (1998). Vocabulary Applied Linguistic Perspectives. Second Edition, London and New York: Routledge.
Cowei, A.P., (1999). English dictionaries for foreign learners: A history, New York: Oxford University Press Inc.
Hasnan Kasan, Mohd Fadzhil Mustafa, Siti Sarah Haimi & Umar Faruk, (2017). Faktor interaksi dengan al-quran dalam proses penghayatan kehidupan beragama pelajar- pelajar UKM, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, http://doi.org/10.37231/jimk.2017.15.1.224
Hill, Katya & Romich, Barry. (2001). Core vocabulary and the AAC permformance report. Dipetik dari https://aacinstitute.org/core-vocabulary-and-the-aac-performance-report/ (01/06/2021)
Ibn Kathir, (1994). Tafsir al-Quran al-‘Azim. Ed. Abd al-Qader al-Arnaout. Maktabah Dar al-Faiha’ & Maktabah Dar al-Salam. Damsyik, Syria & al-Riyadh, Arab Saudi.
Intan Sari Dewi. (2016). Bahasa Arab dan Urgensinya dalam memahami al-Quran, Kontemplasi: Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin, 4(1), 39-50. https://doi.org/10.21274/kontem.2016.4.1.39-50.
Koizumi, Rie. (2005). Relationships between productive vocabulary knowledge and speaking performance of japanese learners of english at the novice level. (Disertasi PhD). University of Tsukuba, Japan.
Laufer, B. (1989). What percentage of text-lexis is essential for comprehension? In Nation. (2006). Learning Vocabulary in Another Language. (p.145). New York:Cambridge.
Laufer, B. (1996). The lexical threshold of second language reading comprehension: what it is and how it relates to l1 reading ability. In Sajavaara, K. & Fairweather, C. (Eds.). Approaches to second language acquisition, (pp.55-62). Finland: University of Jyväskylä.
Laufer, B. (1998). The Development of passive and active vocabulary in a second language: same or different?. Applied Linguistics, 19/2, 255-271
Laufer, B., & Ravenhorst-Kalovski, G. C. (2010). Lexical threshold revisited: lexical text coverage, learners' vocabulary size and reading comprehension. Reading in a Foreign Language, April 2010, Volume 22, No. 1, 15–30.
Llach, M Pilar Augustin & Gallego, Melania Terrazas. (2009). Examining the relationship between receptive vocabulary size and written skills of primary school learners. Atlantis: Journal of The Spanish Association of Anglo-American Studies 31.1, hal: 129-147
McCarthy, Micheal. (1992). Vocabulary. Hong Kong: Oxford University Press.
Madihah Haji Muhamad. (1992). Pembelajaran al-Quran di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah: satu tinjauan di daerah Kuala Terengganu, Latihan Ilmiah Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
Maisarah Thulhuda Mat Jafri , Mohd Faizulamri Mohd Saad & Sabri Mohamad. (2018). Keutamaan amalan tadabbur al-Quran terhadap pelajar tahfiz, Jurnal al-Turath; Vol. 3, No. 2; 2018.
Md Noor Hussin, Saupi Man, Khairatul Aqmar Abd Latif, Ahmad Redzaudin Ghazali, Muhammad Rofian Ismail, Wan Muhammad Akhyar Ab Shatar. (2016), Tahap penguasaan bahasa Arab masyarakat awam melalui pelaksanaan pembelajaran bahasa Arab di masjid. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016 (Irsyad 2016).
Meara, P.M., (2001). The importance of an early emphasis on L2 vocabulary, Dipetik dari http://www.jalt-publications.org/tlt/files/95/feb/meara.htm
Meara, PM. (1996). The dimensions of lexical competence. This paper first appeared in: G Brown, K Malmkjaer & J Williams (eds.) Performance and Competence in Second Language Acquisition. Cambridge: Cambridge University Press. 35-53. [Versi elektronik]
Mohd Sukki Othman, (2020 Mac 24). Keutamaan tadabbur al-Quran, Harian Metro.https://www.hmetro.com.my/addin/2020/03/557832/keutamaan-tadabbur-al-quran
Monika @ Munirah Abd Razzak, Liyana Nadzirah Md Saril, Nor Hizwani Ahmad Thohir, Nik Mohd Zaim Ab Rahim. (2014). Strategi pengajaran dan pembelajaran al-quran melalui program televisyen: kajian di Tv Al-Hijrah. Proceedings: The 4th Annual International Qur’anic Conference 2014.
Muhamad Alihanafiah Norasid, Mustaffa Abdullah, (2017). Tadabbur al-Quran sebagai mekanisme pembangunan modal insan rabbani: sorotan pemikiran sa‘id hawwa, Ed. Sedek Ariffin, Khadder Ahmad & Selamat Amir, Tadabbur al-Quran: Isu dan cabaran semasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Muhammad Syafee Salihin bin Hasan ,Khairatul Akmar Ab Latif, Mahmud Lutfi Abd. Hadi ,Ahmad Shahir Masdan. (2014). Kemahiran waqf dan ibtida’ dalam kalangan pelajar program sarjana muda alquran dan al-qiraat (Psmaa) Selangor. Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Nation, I.S.P. (2006). How large vocabulary is needed for reading. The Canadian Modern Language Review, 63, (1), hal 1-12.
Nation, I.S.P. (2001). Learning vocabulary in another language, United Kingdom: Cambridge University Press.
Nurain Zainal Abidin, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Mohd Nazri Ahmad, (2017). Tahap pengetahuan pelajar di Madrasah al-Musţafawiyah littahfizil quran bangi terhadap tadabbur al-quran, Jurnal al-Turath; Vol. 2, No. 1.
Pringprom, Preawpan & Obchuae, Bupha (2011) Relationship between vocabulary size and reading comprehension. Proceeding 2nd International Conference of The Foreign Language Learning and Teaching. 1 March 2011, Bangkok, Thailand.
al-Qardhawi, Yusuf, (1998). Kaifa Nata’amal Ma’al Quran. Egypt: Dar al-Syuruq.
Read, J. (2000). Assesing vocabulary. Eds. Alderson, J.C. & Bachman, L.F. Cambridge University Press: United Kingdom.
Rohana Zakaria. Hayati Hussin & Adzam Rasdi, (2015). Tadabbur al-Quran: syarat utama yang diperlukan untuk mencapai objektif al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015.
Rosni Samah. (2009). Isu pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
al-Sabuniy, Muhammad Ali. (1979). Safwah al-Tafasir. Cairo: Dar al-Sabuniy.
Sarinah Yahya, (2016). Pemahaman tafsiran tersirat dari tersurat wasilah tadabbur al-Quran menerusi corak tafsir tahlili. Ed. Sedek Ariffin, Khadder Ahmad & Selamat Amir, Tadabbur al-Quran: Isu dan cabaran semasa. Kuala Lumpur, Malaysia: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
al-Shafie, Muhammad Idris, (t.t). al-Risalah, Ed. Ahmad Muhammad Syakir, Dar al-Fikir.
al-Sharbūfiy, ʽIsa ʽAudat ʽAthiyyat. (2007). Qawa’im al-mufradat al-syai'at wa ta'lim al-lughat. Dipetik dari www.faculty.ksu.edu.sa/3046/research (09/05/2014).
Schmitt, Norbert. (2000). Vocabulary in language teaching. United States of America: Cambridge University Press.
Staehr, Lars Stenius, (2008). Vocabulary size and skills of listening, reading and writing, Language Learning Journal, v36 n2 Dec 2008, 139-152
Waring, R. and Nation, I.S.P. (1997). Vocabulary size, text coverage, and word lists. In Vocabulary: Description, Acquisition and Pedagogy N. Schmitt and M. McCarthy (eds.). Cambridge University Press, Cambridge: 6-19 [Versi Elektronik]
Zahriah Hussin, Nik Farhan Mustapha, Che Radiah Mezah, Pabiyah Normaliza Abd Rahim, (2016). Kepentingan nahu arab dalam menghafaz al-Quran. GEMA Online Journal of Language Studies. Volume 16(2), June 2016.
Zaini, A.R, Hasan, Y., Husaini, M.H., (2020), Saiz kosa kata pelajar jurusan bahasa Arab, Isu-isu kontemporari dalam pengajian linguistik arab & ketamadunan, eISBN 978-967-2808-00-8 hal: 66-75 Bangi: Penerbit FPPI.
Zaini, A.R. (2015). Penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu di peringkat kolej university. PhD thesis, University of Malaya.
Zaini, A.R., & Abd. Rahman, M.Z., (2015). Saiz kosa kata bahasa arab dalam kalangan penuntut jurusan pengajian Islam dan bahasa Arab. Jurnal Pengajian Islam. Bil 8, Isu 2, Dis 2015, 225-238 .
Zaini, A.R & Abd. Rahman, M.Z. (2012). Perbendaharaan kata sasaran sukatan bahasa arab sekolah menengah aliran kerajaan di Malaysia. Prosiding Seminar Antarabangsa Perguruan & Pendidikan Islam. 8-9 Mac 2012, Le Grandeur Palm Resort, Johor Bahru.